jom join melaka

Tempat Menarik

Kota A’Famosa



A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.


Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

 
Perkampungan Portugis

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.




Zoo Melaka Dan Zoo Malam

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.



MELAKA RIVER CRUISE

Penubuhan perkhidmatan Melaka River Cruise selaras dengan asprasi YAB Ketua Menteri Melaka. Dato' Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.Sewaktu awal penubuhan Melaka River Cruise, terdapat 2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang penumpang. 
Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot.6 buah dengan kapasiti 20 orang penumpang.4 buah dengan kapasiti 40 orang penumpang.Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka.Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM dan bermula dari Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka ( pergi dan balik ).Tempoh perjalanan selama hampir 45 minit.Harga yang dikenakan bagi setiap perjalanan adalah Dewasa RM10.00 seorang dan kanak-kanak RM5.00 seorang.Bagi mempelbagaikan lagi perkhidmatan Melaka River Cruise, Perbadanan Sungai Dan Pantai Melaka telah merangka pelbagai pakej-pakej yang menarik.



 MENARA TAMING SARI

Mula di buka pada 18hb. April 2008.  Ketinggian menara taming sari ini 110 meter.
Terletak di Bandar Hilir on Jalan Merdeka, cuma 3 minit jika berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Complex dan Dataran Pahlawan Megamall.
Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.