jom join melaka

Kebudayaan

Dondang  Sayang
                                                       

Merupakan balada cinta melayu tradisonal di mana para
Penyanyi-penyanyinya saling 
bertukar–tukar pantun tanpa  persediaan atau secara spontan.
Permainan ini juga di mainkan diiringi dengan muzik iaitu biola,rebana,dan gong kecil.







Nazam

Nazam ini dianggap menyamai puisi di mana ia telah wujud Pada 100 tahun dahulu.Dan ia juga dikatakan sama seperti nasyid dan boleh disampaikan secara individu atau secara berkumpulan.
Nazam ini juga dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa ke Asia Tenggara pada awal abad ke-16 oleh para pedagang dan juga alim ulama’.






Silat Melaka

Merupakan seni silat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi.Silat Melaka ini bertujuan untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman atau pergaduhan.Silat Melaka ini dikatakan wujud di negeri Melaka sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi dan ia berasal dari Indonesia dan Sumatera Utara.Walaubagaimanapun,silat ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri di mana para pesilat ini tidak boleh sesekali manderhaka kepada orang tua,mahaguru mereka dan perkara yang berkaitan dengan agama.Silat  Melaka yang paling tersohor adalah silat gayung di mana silat ini di amalkan oleh lima Hang bersaudara.



 Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congkak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. 
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan Istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.



KAUM-KAUM YANG TERDAPAT DI MELAKA

KAUM CINA

Masyarakat Cina Melaka berasal daripada keturunan pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Manshur Syah dan sebahagian dari mereka juga adalah keturunan daripada kaum Cina yang datang beramai-ramai ke Tanah Melayu sewaktu pemerintahan Inggeris, untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, tambahan pula kerajaan China pada masa itu menggalakkan penduduknya berhijrah ke negara lain kerana masalah kepadatan penduduk di negara mereka. Kebanyakan orang Cina di Melaka menjalani kehidupan sebagai peniaga, tidak kira perniagaan besar ataupun kecil kerana minat mereka dalam perniagaan telah sebati dengan jiwa mereka berbanding masyarakat lain.
Kebanyakan kaum Cina di Melaka berbangsa Hokkien dan beragama Buddha. Mereka merupakan masyarakat yang berpegang teguh pada pegangan agama yang telah diwarisi sejak turun-temurun dari nenek-moyang mereka. Namun terdapat juga masyarakat Cina yang menganut agama lain seperti Kristian dan Konfusianisme. Masyarakat Cina berpegang teguh terhadap kepercayaan bahawaroh nenek moyang perlu dipuja kerana mereka merupakan golongan yang telah banyak berjasa kepada keturunannya. Oleh itu, setiap ahli keluarga mengadakan beberapa upacara sebagai memperingati nenek-moyang mereka terutama yang telah lama meninggal dunia.



KAUM BABA NYONYA


Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,  dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.



CETI PERANAKAN


Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.
Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling' adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling.
Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Alam Melayu ini, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.



KAUM BAWEAN

Masyarakat Melayu Melaka dan Malaysia lebih mengenali Boyan dari Bawean dan pada pandangan mereka orang-orang Boyan merupakan mereka yang rajin bekerja dan sanggup membuat kerja kasar seperti pemandu kereta atau tukang kebun (kephun dalam bahasa Bawean).
Orang-orang Bawean merupakan satu kelompok kecil sebahagian dari masyarakat Melayu yang berasal dari Pulau Bawean yang terletak di Laut Jawa antara dua pulau yang besar iaitu Pulau Borneo di utara dan Pulau Jawa di selatan. Orang Bawean dan orang Melayu adalah berasal dari satu rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu dan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang Melayu dengan orang Bawean kerana tidak ada perbezaan warna kulit, mempunyai persamaan agama iaitu agama Islam dan kerana asimilasi mereka dengan masyarakat Melayu.