jom join melaka

Sejarah

Sejarah Melaka
 
Sejarah melaka bermula dengan pengasasan kesultanan melaka oleh Parameswara(atau Raja Iskandar),seorang bangsawan Srivijaya dari palembang,keturunan Majapahit,pada tahun antara 1400 hingga 1403.Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya,raja pertama dan pengasas kerajaan Majapahit(1923-1309) pada masa dahulu pada tahun 1936 apabila baginda dan para pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke muar, dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai melaka.Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap disitu dan menamakannya sebagai "Melaka" sempena nama sebuah pokok tempat baginda bersandar.Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan maritim hasil kerja keras Parameswara dan pengikutnya.



 Bagaimana Melaka Mendapat Nama

Menurut catatan sejarah,nama melaka telah wujud daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh parameswara atau Sultan Iskandar Syah.Nama Melaka pertama kali dikesan Penggunaannya pada abad ke 14.Terdapat pelbagai cerita bagaimana melaka mendapatnya namanya.Walaibagaimanapun cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatng pokok yang disebut pokok melaka.Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut.Baginda terpegun dengan kejadian tersebut lantas berpendapat tempat itu sesuai dijadikan tapak negeri.Baginda memerintahykan sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan melaka,mengambil sempena nama pokok tempat baginda berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil tersebut.



Pemerintahan Penjajah

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 ogos 1511.Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.Pada tahun 1641,pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewaskan Portugis melalui bantuan sultan Johor.Belanda kemudiannya menyerahkan Melaka kepada British mengikut perikatan British-Belanda pada tahun 1824.Dari 1826 hingga 1867,Melaka diperintah Syarikat Hindia Timur Inggeris dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British.Kemudian pada tahun 1946,ia menjadi salah satu Negeri Selat bersama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

 

Pahlawan Melaka


Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama dan seorang pahlawan melayu yang taat kepada sultan terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah Pada abad ke 15.Pada masa mudanya Hang Tuah dan 4 sahabatnya Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Kasturi,Hang Lekiu telan membunuh lanun yang mengamuk dan membuat kacau di dalam kampung.Bendahara yang melihat perkara tersebut telah mengambil mereka bertugas di dalam istana.Semasa bertugas dengan istana melaka Hang Tuah telah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari.Pada lewat hidupnya Hang Tuah diutuskan untuk meminang seorang puteri yang tinggal di Gunung Ledang.Beliau gagal dalam tugas itu,dan disebabkan perasaan malu,Hang tuah menghilangkan diri.Hang Tuah terkenal dengan pepatahnya,"Takkan Melayu Hilang Di Dunia".Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuk nasionalisme melayu.