jom join melaka

Pengenalan





  Negeri  Melaka dengan keluasan  1650 kilometer persegi yang bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur  menduduki tangga ke-4 negeri terkecil di Malaysia dengan anggaran jumlah penduduk 700,000 orang. Ibu negeri Melaka adalah Bandaraya Melaka.Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin / Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan. Melaka telah di kenali  sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai sejarah yang tertua di Malaysia selain itu negeri Melaka juga di kenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah.


  Kini Melaka di bawah persekutuan Malaysia yang telah di istiharkan sebagai Negara merdeka.Walaupun Melaka adalah negeri pertama yang mengasaskan Kesultanan Melayu namun Melaka kini  tidak mempunyai seorang sultan , sebaliknya negeri ini di ketuai oleh Yang di-Pertua Negeri. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang di terima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang di sebut pokok Melaka.


  Melaka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri di mana terdapat tempat-tempat yang bersejarah, budayanya serta resepi masakan. Setiap pengunjung yang bertandang akan terasa tertarik di atas keunikan dan keaslian bahan binaan serta rekaan bangunan-bangunan bersejarah,tidak lupa juga akan budayanya serta jenis-jenis masakan yang menarik perhatian oleh para pengunjung yang datang ke Melaka.


   Di laman ini anda akan dapat melihat serta mengetahui serba sedikit tentang keistimewaan serta keunikan negeri Melaka Darul Azim.